Artikel 58: Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian anda?
by: The Pilot
1. Pada tahun 2003, ketika saya berumur 23 tahun (sekarang anda tahu
umur saya boleh diingat dengan mudah, 2003=>20+03=23.
2017=>20+17=37) saya baru sahaja menghabiskan ijazah di sebuah
universiti tempatan.
2. Kawan baik saya seorang guru, risau
bila saya hanya duduk di rumah. Dia ajak saya mohon jadi guru sandaran
di sekolahnya. Tanpa fikir panjang, saya pun setuju, mengapa tidak? Sekurang-kurangnya saya melakukan sesuatu.
3. Saya tidak dapat tawaran kerja dalam bidang yang saya ambil di
universiti. Dalam masa yang sama, saya masih cuba memohon pekerjaan yang
sesuai dengan kelulusan yang saya ada. Tapi tiada jawapan. Ada juga
memohon untuk jadi kadet pilot.
4. Selepas habis sekolah, saya
akan mengajar tuisyen bagi murid-murid dalam mata pelajaran matematik
dan sains. Begitulah rutin hidup saya selama beberapa bulan. Saya
bersyukur dan gembira dengan apa yang buat.
5. Selepas tamat
kontrak sebagai guru sandaran, saya masih meneruskan mengajar tuisyen.
Saya dipelawa untuk menjual kereta pula. Di sinilah saya sedar,
kemahiran berkomunikasi itu penting untuk kita menjual sesuatu.
6. Proses demi proses dilalui, sampailah kepada proses interview.
(Sebenarnya saya tak lepas ujian pertama psikomotor. Tapi saya tak
kecewa pun, saya mohon lagi) Saya masih ingat lagi soalan pihak
penemuduga, mengapa mohon jadi pilot? Saya jawab, saya perlukan kerja!
7. Kini setelah 10 tahun bekerja, walaupun ia bukan cita-cita asal
saya, ia telah banyak mengubah kehidupan saya. Ia mengubah cara saya
berfikir, cara saya bergaul dan secara keseluruhannya, ia mengubah diri
saya sendiri. Saya rasa amat bersyukur kerana diberikan pekerjaan ini.
8. Dalam hidup ini, kita tidak akan sempurna. Apa yang boleh kita
lakukan ialah, kita cuba sebaik mungkin mencapai kesempurnaan. Bagi anda
yang tidak berjaya sekarang, jangan risau sangat. Teruskan hidup,
peluang akan datang bila tiba masanya.
PerSOALANnya ialah, adakah anda sudah bersedia apabila peluang anda sampai nanti?
PS: Brian Tracy kata, orang yang tidak bersedia, apabila peluangnya sampai, dia akan kelihatan bodoh terpinga-pinga.
Pic: Bersama Krew Kabin menunggu pesawat tiba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment